Monday, August 1, 2011

Hanis Ameera bt Khairul Naim

Alhamdulillah Hanis selamat dilahirkan pd hr Jumaat, 15 julai 2011, jam 9.38mlm. setelah hampir 24jam air ketuban pecah, n dilated only 6-7cm. akhirnya terpaksa jugak aku diusung ke OT. Agaknya mungkin dah tertulis yg baby hanis ni nak kuar ikut tingkap, ku pasrah je la. Tuhan je yg tau betapa aku sgt kuciwa bila nak decide utk ceasar. Oleh kerna diriku demam mlm nk deliver tu, Hanis pun terpaksa diberi antibiotik selama 5 hari. nak nangis aku tgk tangan dia ade jarum tuh.

Niat dihati, perancangan awal adalah utk natural birthing. sebolehnya xnak induce, xnak epidural, no artificial waterbag ruptured and so on tp sebaik2 perancangan adalah perancangan Tuhan.

Hanis dilahirkan seminggu slps Mr hubby balik. tp dlm minggu tu pun tiap2 hari2 berulang ke klinik n ospital. Isnin g klinik sbb jari jemariku yg membengkak n sakit. xbole nak menaip or mousing yg merupakn rutin kejeku. selasa checkup dgn Dr Fauziah. Rabu kene panggil utk wat CTG. Actually Dr suh admit on selasa mlm n induce rabu pagi tp aku x g. sbb tu rabu tu kene g ospital gak utk CTG. Khamis mlm, tgh2 tgk tv aku rasa tetiba basah je. cepat2 bersiap g ospital.
setelah 4 hr bertapa kat APSH, total damage adalah lebih kurang 10K. fuhhhh! koyakkkk poket. company cume cover 3.5K utk bil bersalin n sib baik fully covered Hanis punye bil. 3.6K covered dgn duit kutu.. balance still xtau nak korek mana..

Breastfeeding
aku x cukup kuat & agak terleka & ngantuk lps kuar OT tu. lps 2 jam kot baru aku mintak utk BF hanis. Alhamdulillah, ade la cket2 colustrum kuar. Rezeki dia. mujur xde sape yg bg tekanan suh kasik FM kat Hanis. esoknya aku usahakan lg utk BF Hanis, still xde susu tp aku suakan jugak. Hari ahad kot baru susu betul2 kuar...
2 mggu pertama mmg mggu yg sgt2 menguji kesabaran aku. Hanis ni siang tdo je.. baju aku plak sekejap2 dah basah. Hanis x reti lg nak betul2 BF. baru menyusu sekejap dia dh tertido, xsampai 10 min ku letak dia atas tilam, dah nangis balik. dh dkt 2 mgu baru aku betul2 mengerti yg sepatutnya mmg kena kejutkan jugak dia suh menyusu susah mcm manapun. Hanis ni sebelum ni suka main2 time BF, kejap2 dia akan lepaskan. pastu nangis mencari2 blk.. mmg menguji kesabaran aku. skrg ni kalo BF dia waktu siang, dekat sejam termasuk dia tertido baru dia betul2 kenyang. kalo mlm lagi la lama. smpi aku tersengguk2..
Sesungguhnya aku mmg naif n masih lg belajar utk 100% BF Hanis. Bukan saja2 nak jimat duit tp ini sume sbb mengetahui kebaikan susu ibu utk baby and betapa cepat aku turun blk berat dlm 2 mgu nih. hehe~ ( dh lebih 10kg okeh! ) InsyaAllah walau susah macam mana skali pon n smpi kadang2 nak marah kat Hanis sbb meragam, aku ingat2 blk.. anak ni amanah Allah. Kalo kita marah2 dia, emosi dia bole terganggu w'pon dia hanya berusia 2 mgu.

Daddy Hanis
jutaan terima kasih x terhingga buat suamiku yg berada disisi melayan aku mengadu sakit nak bersalin ( w'pon lps tu dia citer kat org, gelak2kan aku) At least time aku sakit2 tu dia layankan je.
Suamiku yg mmg dirancang utk bercuti sepanjang tempoh aku berpantang, hari2 masakkan makananku termasuk hari ni ( 1st day puasa). w'pon kekadang aku komen sbb x rasa garam (actually sbb dh bosan lauk sama je) aku telan je sume yg dia masak. Bila hubby kata nk makan pizza, aku tawakkal je n join skali. ye laa.. dia pon skali skala nak jugak skip masak kan?
Bila waktu Hanis meragam n aku dh xtau nak wat ape + ngantuk, dia mesti tlg pujuk Hanis. oh, ku kagum! kadang2 berjaya la dia menenangkan Hanis.
Hari ni hampir sepanjang hari, sejak dr pagi dia melepaskan gian main PS3. Hanis x sempat nak tido betul2 lg dah bising bunyi tembak menembak. rasa nak marah jugak tp bila dia stop main n mandikan hanis, x jadik la nak marah.

Emak n adik-beradikku
Kehadiran mak seminggu awal ku berpantang mmg amat2 diperlukan. sbbnye lps je mak blk, xde sape dah nak panaskan tungku, masak air daun pandan utk mandi n berleter suh aku berpantang betui2 n so on.. bukannya mr hubby xnak tlg tp aku pon dah rasa kesian kat dia. mlm sama2 bergilir2 berjaga bila Hanis meragam, x sampai hati nk suh dia wat lg yg lain2 tuh.
Aa, sgt membantu membasuh, menyidai n melipat kain. bunyi mcm senang tp dengan jumlah kain baju n lampin nak kene basuh, bantuan dia sgt2 la dihargai. Dia pun laju je bangun utk menolong bila diperlukan w'pon tgh berbaring tgk tv.
Imah, w'pon agak slow n sakitkan hati sbb aku mtk tlg, dia kdg2 wat derkk je, aku diamkan je. mungkin la sbb dia penat keja. tp masa hari2 awal ku di ospital, dia sgt2 la membantu.
Yeop n K ros, sumber rujukan n pinjaman benda2 nak guna time nak bersalin n berpantang. K ros jugak la yg ajar camne nak tukar lampin baby :) dia jugak yg tlg masak bila mr hubby balik muar. Kalo xde yeop yg bwk k ros ke sini, x jadik jugak sume tu kan? hehe.. n anak2nya yg tlg ubah brg2 dlm umah ni supaya aku mengemas umah lps ni.. ohhh, ku layankan je.. Hanis nnt behave okeh! sbb kebanyakan masa aku kena layan dia sorang2 bila mr hubby keja.

All and all... aku x sabar nk tunggu abes pantang. baru 17 hari wehhhh! 45 -17 = 28 hari lagi... ( Hanis & aku sbnrnya dh smpi ke Sendayan n Enstek n KLIA n Midvalley mggu lps. )
semoga Hanis membesar dgn sihat n jadi anak yg baik n so on.. ( besar wehh harapanku! )
semoga aku trus kuat utk BF Hanis n pakaikan CD ( kene igt pelaburan besar yg telah dibuat utk Medela Freestyle n 20 cd yg dah dibeli)
semoga tuhan membalas sume jasa baik sume yg membantuku sepanjang tempoh melahirkan Hanis Ameera yg disayangi.

Hanis Ameera, ketahuilah sesungguhnya Mama n Daddy sgt menyayangimu! xoxo!