Assalamualaikum.
Sukakan cerita saya?
jom ke blog saya yang baru.. lebih cerita, tips, dan bermacam info di mamamyraslove.
dah singgah nanti jgn lupa tinggalkan jejak ye..
Saturday, November 8, 2014
Monday, February 25, 2013
Rinduuuuu
Abg,rasa rindu sgt2..tp tak tau camne nak luahkan. Email pon 2 hr dah xdpt. Hadoi.
Pagi td check Kat vesseltracker. Kapal Abg dah masuk ke Indian Ocean. Moga Abg sentiasa selamat disana.
Dr pagi smlm syg refresh email tiap 5 min. Kecewa bila xde email dr Abg :(
Don't you missed us?
Pagi td check Kat vesseltracker. Kapal Abg dah masuk ke Indian Ocean. Moga Abg sentiasa selamat disana.
Dr pagi smlm syg refresh email tiap 5 min. Kecewa bila xde email dr Abg :(
Don't you missed us?
Tuesday, October 2, 2012
Mommies gadget no 1
It's not the latest smartphone nor the high end lappy... It's Medela Freestyle and I love it so much :)
My FS kesayangan ni sgt lah berjasa. Penguat semangat utk terus mengepam utk 8 bln akan dtg. InsyaAllah :)
My FS kesayangan ni sgt lah berjasa. Penguat semangat utk terus mengepam utk 8 bln akan dtg. InsyaAllah :)
Wednesday, September 26, 2012
Masih Gigih BF! Why not?
Hanis is 1yr 2 mths today! and I am still bf her. Kdg2 ada masa malas n busy tp alhamdulillah masih cukup bekalan utk anak terchenta :) no FM until now. Coz I believe human milk is d best!
Mommies out there, let's continue breast feeding our little one until they turns 2 yo.
Mommies out there, let's continue breast feeding our little one until they turns 2 yo.
Saturday, July 21, 2012
XOM 5th Anniversary - Hanis' 1st B'day - Selamat Berpuasa!
5 July 2012
genap 5 taun bertapa dlm menara ExxonMobil. I am sharing the celebration with 4 other colleagues. Congrats! We survived! hehe.. Eventhough its a little bit too late from others, finally it's my turn. Controversial! most of the ppl around asking me why do I accept the new post. No specific reason, but I learnt from my friend.. God knows what best for you. Effective date was 16 July but the announcement was only published on 18 July. Yerp, I am going to Server Ops Team. Nervous, Sad, Happy A bit coz I am moving but all the feeling mixture made me speechless. I can only pray for the best.15 July 2012
Happy Birthday Hanis Ameera syg! mcm tak percaya je dah setaun. I am proud to tell everyone that she is still fully breastfeeding. :) It was not easy, hokay! byk giler dugaan and cobaan yg ditempuhi. The main reason I brought Hanis & Daddy together to Swiss last month just because I am still breastfeeding her and I need her! oh yes! The bonding! I cant sleep without Hanis on my side.. oh over plak! Daddy dia xpe.. mmg selalu xde kat umah. hehe..Mama doakan moga Hanis trus membesar dgn sihat, bijak and jadi anak yg baik! Dan disayangi sume! hehe.. I love you soooo much!
21 July 2012
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa! Actually ni 1st day sy berpuasa bersama incik Suami di rumah. Last 2 yr, sy dah peot masa follow dia naik kapal, tu pon lg 2 hari je nak raya. so mmg x pose la kan. haha~ Last year sy dlm pantang sebulan Ramadhan, so Incik Suami puasa sorang2. Kesian dia, sahur pon minum air masak kat tepi katil je. So tahun ni walaupon x dpt sebulan, sbb dia buat short course kat Melaka, so azam sy tiap2 weekend tu nak bersahur n berbuka sama2 di rumah :)Saturday, March 24, 2012
Sharing is Caring
Azam 2012 adalah mengaktifkan semula blog ni, as in rajin update walaupun sebaris 2 ayat or 1keping gambar. Antara sbbnya adalah utk senang nak keep track apa2 yg terjadi sepanjang hidup ni, termasuk la tips n detik2 penting melayari kehidupan berkeluarga.
Mr Hubby selalu tanya Hanis pandai ape lg? or apa lagi aksi terbaru hanis?time tu baru nak terfikir2.. well~ yg terbaru, anak gadis ni dh bole duduk tanpa support utk sekurang2nya 5 minit x jatuh. 10 minit tu ada gak kot, time dia tgh fokus main.Air liur pon sama meleleh.. haha~
Seminggu lalu Hanis berjaya makan sendiri! Bukan la makan bubur nasi tp snek HappyBaby, bentuk mcm honey star kecik2, masuk mulut je dia cair. mcm M&M punya tagline Cair Dimulut tidak ditangan. Hah, lebih kurang sama la konsepnya. Yang ni Organic Food, Epal. Mula2 tu memang berusaha gigih la hanis, 2-3 minit baru masuk 1 dlm mulut. tu pon ntah bape kali jatuh dah.. finally berjaya la jugak. Oh! terharu plak tgk detik2 penting Hanis camni.. Tp guna kanan kiri ye.. hehe~ xpe, Mr Hubby kata nnt ajar guna both hand :)
Sesungguhnya aku mmg x bole nak online ngn lappy sbbnya sentiasa berebut ngn anak gadisku ini. Pantang nampak, laju je dia kejar.. Dah tido camni baru la bole nak online kejap walaupun mataku juga dah layu.
Pe'el skrg, nk tido mesti tertonggeng2 dulu, bunyi ek ek, berguling2 kiri kanan, kena senyap.. lampu tutup, baru la nak tido.. entah ikut sape laaa ginih
Baru 2 hari mkn fenugreek sbb nak bykkan production susu, tp badan bau herba.. aiskkk.. ni yg x berkenan nih. smlm mcm xde bau sgt sbb pagi2 dh sembur perfume kot. Hari ni dok umah guling2 ngn hanis xde la nak sembur. Dah mlm baru rasa x best n sembur la victoria secret cket. hehe~ Oh, sy beli Fenugreek kat GNC, ada sale skrg. Mkn sebiji masa perut kosong, which is bila bangun tido la kan. Next entry nnt sy update keberkesanannya ya :)

Ni masa 1st day balik rumah
Monday, August 1, 2011
Hanis Ameera bt Khairul Naim
Alhamdulillah Hanis selamat dilahirkan pd hr Jumaat, 15 julai 2011, jam 9.38mlm. setelah hampir 24jam air ketuban pecah, n dilated only 6-7cm. akhirnya terpaksa jugak aku diusung ke OT. Agaknya mungkin dah tertulis yg baby hanis ni nak kuar ikut tingkap, ku pasrah je la. Tuhan je yg tau betapa aku sgt kuciwa bila nak decide utk ceasar. Oleh kerna diriku demam mlm nk deliver tu, Hanis pun terpaksa diberi antibiotik selama 5 hari. nak nangis aku tgk tangan dia ade jarum tuh.
Niat dihati, perancangan awal adalah utk natural birthing. sebolehnya xnak induce, xnak epidural, no artificial waterbag ruptured and so on tp sebaik2 perancangan adalah perancangan Tuhan.
Hanis dilahirkan seminggu slps Mr hubby balik. tp dlm minggu tu pun tiap2 hari2 berulang ke klinik n ospital. Isnin g klinik sbb jari jemariku yg membengkak n sakit. xbole nak menaip or mousing yg merupakn rutin kejeku. selasa checkup dgn Dr Fauziah. Rabu kene panggil utk wat CTG. Actually Dr suh admit on selasa mlm n induce rabu pagi tp aku x g. sbb tu rabu tu kene g ospital gak utk CTG. Khamis mlm, tgh2 tgk tv aku rasa tetiba basah je. cepat2 bersiap g ospital.
setelah 4 hr bertapa kat APSH, total damage adalah lebih kurang 10K. fuhhhh! koyakkkk poket. company cume cover 3.5K utk bil bersalin n sib baik fully covered Hanis punye bil. 3.6K covered dgn duit kutu.. balance still xtau nak korek mana..
Breastfeeding
aku x cukup kuat & agak terleka & ngantuk lps kuar OT tu. lps 2 jam kot baru aku mintak utk BF hanis. Alhamdulillah, ade la cket2 colustrum kuar. Rezeki dia. mujur xde sape yg bg tekanan suh kasik FM kat Hanis. esoknya aku usahakan lg utk BF Hanis, still xde susu tp aku suakan jugak. Hari ahad kot baru susu betul2 kuar...
2 mggu pertama mmg mggu yg sgt2 menguji kesabaran aku. Hanis ni siang tdo je.. baju aku plak sekejap2 dah basah. Hanis x reti lg nak betul2 BF. baru menyusu sekejap dia dh tertido, xsampai 10 min ku letak dia atas tilam, dah nangis balik. dh dkt 2 mgu baru aku betul2 mengerti yg sepatutnya mmg kena kejutkan jugak dia suh menyusu susah mcm manapun. Hanis ni sebelum ni suka main2 time BF, kejap2 dia akan lepaskan. pastu nangis mencari2 blk.. mmg menguji kesabaran aku. skrg ni kalo BF dia waktu siang, dekat sejam termasuk dia tertido baru dia betul2 kenyang. kalo mlm lagi la lama. smpi aku tersengguk2..
Sesungguhnya aku mmg naif n masih lg belajar utk 100% BF Hanis. Bukan saja2 nak jimat duit tp ini sume sbb mengetahui kebaikan susu ibu utk baby and betapa cepat aku turun blk berat dlm 2 mgu nih. hehe~ ( dh lebih 10kg okeh! ) InsyaAllah walau susah macam mana skali pon n smpi kadang2 nak marah kat Hanis sbb meragam, aku ingat2 blk.. anak ni amanah Allah. Kalo kita marah2 dia, emosi dia bole terganggu w'pon dia hanya berusia 2 mgu.
Daddy Hanis
jutaan terima kasih x terhingga buat suamiku yg berada disisi melayan aku mengadu sakit nak bersalin ( w'pon lps tu dia citer kat org, gelak2kan aku) At least time aku sakit2 tu dia layankan je.
Suamiku yg mmg dirancang utk bercuti sepanjang tempoh aku berpantang, hari2 masakkan makananku termasuk hari ni ( 1st day puasa). w'pon kekadang aku komen sbb x rasa garam (actually sbb dh bosan lauk sama je) aku telan je sume yg dia masak. Bila hubby kata nk makan pizza, aku tawakkal je n join skali. ye laa.. dia pon skali skala nak jugak skip masak kan?
Bila waktu Hanis meragam n aku dh xtau nak wat ape + ngantuk, dia mesti tlg pujuk Hanis. oh, ku kagum! kadang2 berjaya la dia menenangkan Hanis.
Hari ni hampir sepanjang hari, sejak dr pagi dia melepaskan gian main PS3. Hanis x sempat nak tido betul2 lg dah bising bunyi tembak menembak. rasa nak marah jugak tp bila dia stop main n mandikan hanis, x jadik la nak marah.
Emak n adik-beradikku
Kehadiran mak seminggu awal ku berpantang mmg amat2 diperlukan. sbbnye lps je mak blk, xde sape dah nak panaskan tungku, masak air daun pandan utk mandi n berleter suh aku berpantang betui2 n so on.. bukannya mr hubby xnak tlg tp aku pon dah rasa kesian kat dia. mlm sama2 bergilir2 berjaga bila Hanis meragam, x sampai hati nk suh dia wat lg yg lain2 tuh.
Aa, sgt membantu membasuh, menyidai n melipat kain. bunyi mcm senang tp dengan jumlah kain baju n lampin nak kene basuh, bantuan dia sgt2 la dihargai. Dia pun laju je bangun utk menolong bila diperlukan w'pon tgh berbaring tgk tv.
Imah, w'pon agak slow n sakitkan hati sbb aku mtk tlg, dia kdg2 wat derkk je, aku diamkan je. mungkin la sbb dia penat keja. tp masa hari2 awal ku di ospital, dia sgt2 la membantu.
Yeop n K ros, sumber rujukan n pinjaman benda2 nak guna time nak bersalin n berpantang. K ros jugak la yg ajar camne nak tukar lampin baby :) dia jugak yg tlg masak bila mr hubby balik muar. Kalo xde yeop yg bwk k ros ke sini, x jadik jugak sume tu kan? hehe.. n anak2nya yg tlg ubah brg2 dlm umah ni supaya aku mengemas umah lps ni.. ohhh, ku layankan je.. Hanis nnt behave okeh! sbb kebanyakan masa aku kena layan dia sorang2 bila mr hubby keja.
All and all... aku x sabar nk tunggu abes pantang. baru 17 hari wehhhh! 45 -17 = 28 hari lagi... ( Hanis & aku sbnrnya dh smpi ke Sendayan n Enstek n KLIA n Midvalley mggu lps. )
semoga Hanis membesar dgn sihat n jadi anak yg baik n so on.. ( besar wehh harapanku! )
semoga aku trus kuat utk BF Hanis n pakaikan CD ( kene igt pelaburan besar yg telah dibuat utk Medela Freestyle n 20 cd yg dah dibeli)
semoga tuhan membalas sume jasa baik sume yg membantuku sepanjang tempoh melahirkan Hanis Ameera yg disayangi.
Hanis Ameera, ketahuilah sesungguhnya Mama n Daddy sgt menyayangimu! xoxo!
Sunday, June 19, 2011
Cinta Dua Benua
Aku sering tertanya2, berapa ramai pasangan suami isteri yg menjalani kehidupan / perhubungan jarak jauh? Mcm mana diorg survive eh? takde ke tsunami melanda?
Dude! bukan sbb aku berura2 nak melencong or whatsoever, tp rasanya cinta jarak jauh ni dah makin common. Takyah tgk jauh2 la, org2 yg keje on shipping line cam suamiku dah semestinya termasuk sama kelab, termasuk la juga army & segala mcm keja yg lain. wives sume jadi seasonal wife.. tp bila dah beranak cucu, jadi seasonal single parent plak. ye laaaa, sbb bile mr hubby keje sume benda kot si isteri yg kene handle or vice versa. Cuma yg membezakan adalah tempoh masa "seasonal" tu.
Frens & Family Support
Support dari family memang sgt2 penting. Sbb selain suami, adik beradik & mak ayah & pakcik makcik & sekalian kazen la org yg paling rapat. Kalo sekalian keluarga tak memahami dan memberikan support, payah la cket kot. Kawan2 pon memainkan peranan gak sbnrnya. Bila masa2 diperlukan, kawan baik sering jadi rujukan @ tempat mengadu @ teman shopping @ teman bercuti. Alhamdulillah, walaupun masing2 kebizian tp aku bersyukur sgt ade teman yg sgt2 supportive.
Jujur
Antara suami isteri mesti @ wajib ada kejujuran. Ye laa, dah la berjauhan selalu.. kalo xleh nak jujur dgn pasangan, baik la xyah nak mulakan perhubungan tu sejak dr awal. Walaupon kononnya pandai nak sorok ape2 je la benda nak disorokkan tu, tp cuba bayangkan kalo tetiba terbongkar! haaaaa! kalo masa tu mood pasangan okay and kte bole cuba nak explain, maybe la nasib masih menyebelahi kita. Tapi buatnya time tu ade tsunami, tak ke lg memburukkan keadaan? Silap2 bole karam kapal yg dibina. errkkk! sanggup ke?
Percaya
Boleh tak nak percaya pada org yg kebanyakan masa xde depan mata kita? hehe~
Kepercayaan tu bole dibina. Dan jgn la cuba2 nak meruntuhkan kepercayaan yg dibina kukuh, sbb sekali dah roboh, payah kot nak bina kali ke2. Tambahan plak dgn kasih sayang & chenta pd pasangan, kepercayaan akan datang seiringan. Tapi, kene jugak selitkan rasa curiga. tak bole la nak 1000% percaya. nape? Bila kita tau yg kita dicurigai oleh pasangan, rasanya kita akan lebih takut utk buat onar. Betui tak?
Hormat
Sbg isteri, wajib utk menghormati suami. Walaupon dia jauh nun disana. Ehh, camne nak hormat org yg jauh? Jasad je dia jauh, tp dia tetap dekat dihati. Sebelum nak amek ape2 keputusan penting, cuba fikirkan bagi pihak dia jugak. Kalo time tu bole nak contact n berbincang@ tanya pendapat, better la gitu kan? Jgn la sume benda nak decide sendiri tanpa memikirkan pasangan.
Menjaga kehormatan diri sama jugak dgn menjaga kehormatan suami. Kalo suke2 ati wat perangai x senonoh, x ke memalukan suami jugak?
Dalam setahun yg lalu, walaupon perjalanan hidup kami berliku2 namun ku berjaya tempuhinya. Air mata yg menjadi teman kujadikan penguat semangat tatkala bersendirian. Suamiku yg amat penyayang dan memahami menjadi inspirasi utk kubangun semula bila mana aku jatuh. Sesungguhnya tak terucap dgn kata kata betapa aku amat bersyukur dan betapa aku amat menyayangi suamiku. Terima kasih suamiku kerna menerimaku dgn segala kekuranganku. * tetiba air mata bergenang..
Expect the Unexpected
Saturday, June 18, 2011
Aku Terima Nikahnya
ape kes tetiba tgh2 asek citer psl pregnant ni bole masuk plak citer psl nikah nih? huhu~
alkisahnya hr ni kazenku melangsungkan majlis akad nikah. Tahniah diucapkan and welcome to d club! :)
Mulai saat saksi2 mengesahkan dan Tuan Kadi membacakan doa, maka halal lah perhubungan adam dan hawa yg sebelum ini haram. Bertambahlah seorang lagi ahli keluarga dan itu juga bermakna lebih banyak hati yg perlu dijaga :)
Pagi td aku sempat ke rumah pengantin lelaki, bukannya ade tlg ape pun. Tgk2 je.. hehe~ Dulang mas kahwin, cincin, buah & kek dh tersedia berhias atas meja di ruang tamu. Pada masa yg sama, kazenku sorang ni sibuk menjahit lapik dulang untuk tepak sirih. biasa la tuh... selagi x sampai masanya, mesti ade je keja2 last minute nih. huhu~
Mengikut plan awalnya kata nak gerak kui 9 pagi tp akhirnya kui 10 baru sume orang masuk dlm keta. hehe~ aku pun x lepas nak meraikan rombongan ni. sempat la nak usik2 makcik aku and memberi pesanan penaja pada 2 kazenku yg menjadi pemandu.
Terasa pelik la jugak sbb aku x follow skali, hr tu masa dapat tau berita gembira ni aku sgt excited tp mengenangkan diriku yg dah sarat, incik suami tak membenarkan aku drive sampai ke muadzam tuh. Kalo orang2 lain pun akan merasa kepenatan dek perjalanan yg jauh, apatah lagi diriku yg berbadan dua ni kan. Double triple kot.. Takpe, InsyaAllah kalo nnt dah abes pantang bole la join plak utk majlis kenduri di awal syawal. Kalo x sempat jugak, join kenduri blah lelaki je la :)
* memujuk baby ni keluar awal2 sbb mummy dia nak raya ..hehe~
Mas Kahwin
sementara tunggu sume ahli rombongan bersiap pagi td, sempat la plak Opah bertanya bape mas kahwin incik kazen yg nak bernikah hr ni. jumlahnya 22 ringgit setengah... katanya mesti disebut begitu, bukan 22 ringgit 50 sen. Ehhh?! nape eh? x sempat ku bertanya lanjut opah tanya bape mas kahwin aku dulu. xnak kasik jadi bahan perbandingan, aku baru berkias2, teeettt~ tukar topik. hahaha.. sib baik pada masa sama adik aku kecoh2 kat situ carik kunci kete. Selamat :)

Nape nilai mas kahwin ni sgt kecik? Selangor pun dh menaikkan nilainya kepada RM300 pd awal 2010. Ni bukan nilai seorang perempuan, tapi rasanya jumlah yg mampu dibayar oleh semua. Ye la, kalo bole bagi duit hantaran ribu riban, nape x mas kahwin diberi lebih. Kalo ade isu bajet, kurangkan la cket hantaran tu, letak jadi mas kahwin.
Pendapat peribadiku, lebih baik la nilainya bole dibeli sesuatu yg berharga dan bole disimpan hingga akhir hayat. Sbb rasanya selain cincin, mas kahwin la satu2 pemberian yg bole disimpan lama..sbb bukti termeterainya jalinan cinta dua hati.
Kalo x pon, bole je diberikan Dinar emas. lagi untung. dari masa ke masa nilainya akan naik. 1 Dinar tu bukannya mahal pon. kalo x silap aku skrg ni harganya dlm RM700.
Kalo yg mmg dah memberikan nilai yg agak byk tu, bole la digunakn utk emas juga. Kalo agak2 x cukup, bole la tambah2 sendiri. :) Fikir-fikirkan~
Sunday, June 12, 2011
A L H A M D U L I L L A H
Puasa
dah lewat2 ginih baru la kecoh nak puasa kan? hehe. Alhamdulillah diberi kekuatan mgu ni selesaikan 2 hr ganti puasa. moga2 diterimaNya. so ade 1 lg balance. InsyaAllah weekend dpn plak la. sbb weekend bole dok umah je. kurang la cket penat dr hari bekerja.
Mommy to be
Hr ni genap 34 mgu, so kirenya dh masuk la bulan terakhir. Mr Hubby insyaAllah akan blk 2 mgu lg.Harap2nye dptla kebenaran dr opis utk dia blk. Sakit pinggang, kaki sume dah rasa, buatkan ku rasa insaf. susah payah mengandung ni Allah bg pada golongan ibu je merasa. Doakan agar semuanya dipermudahkan dan anak yg bakal lahir ni menjadi penyejuk mata mommy & daddy & semua yg memandangnya. Ku bersyukur, sepanjang tempoh mengandung ni xde la aku mengalami alahan yg teruk2. cumanya ku jadi sgt suka minum air manis. x senang duduk selagi xdpt. huhu~
Ceritera Cinta
Sungguh excited bila dpt tau sahabatku InsyaAllah akan bertunang lepas raya nnti. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. :)
* siap update sementara tunggu Isyak. solat jom!
Saturday, May 21, 2011
hatiku..hatimu..
kuwajib menjaga hati dan perasaanmu.kerana statusku.
hatiku meronta2. jiwaku x tenang. butuh perhatianmu.
dirimu disana...kami disini..patutkah aku merengek meminta perhatianmu?
bilamana perbualan hanya diisi dgn bunyi angin kipas tanpa suara. jariku seperti meronta ronta mahu memicit butang merah telefon.mematikan talian. sudah 2 hari berturut, apa yg kusuarakan, hanya didengari aku seorang.
memang aku beginikah? manja. selalu inginkan perhatian. berhati lemah.
oh ini bukan diriku. aku berdiri diatas kakiku sendiri. hati aku sekeras batu. jiwaku kental. semua masalah aku tanggung sendiri.
kini air mata teman karibku.jiwaku mudah terguris.
maafkan ku.
bila kupandang keluar tingkap,keindahan lampu2 mengingatkan suatu masa lalu.
ku bawa diri,lewat mlm itu..untuk menenangkan hati yg kusut.
mujur teman sudi mendengar. mujur ibu memahami tindakanku.
terasa ingin ku ulang semula.tetapi tiada siapa yg sudi menjadi teman bicara.
dirimu disana kukira sedang nyenyak diulit mimpi.
disini jua akhirnya kuluahkan segalanya.
Wednesday, May 11, 2011
No more branded!?
incik suami baru2 ni berkata : dah2, lps ni xde dh yg branded2 ni!
jwb diriku : erm. ok la. (dlm ragu2..) hehe
nape sy beli brg branded?
sbbkan kualiti yg dibawa oleh brand tersebut.
mcm org slalu kata pada benda yg cepat rosak... haaa! cap ayam la tu! ( ayam plak yg dpt nama :p )
adekah sy kene jual blk hadiah yg sy baru beli untuk incik suami?
sbb dia kata xnak brg branded. x pon sy trade in dgn handbag. ooops! hehe
sbnrnye sy rasa dgn membeli brg2 branded, sy puas hati. salah 1 cara jugak sy nak pujuk diri sbb incik suami xder cnie n sy slalu kene g shopping sorang2 or org lain yg teman. :(
oh tp sy beli ngn duet sndiri, okeh?! kecuali ketika shopping di jepun taun lps. hehe~
p/s: ade x beg brg baby brand spt dlm gamba? sy mahu.

Thursday, May 5, 2011
perihal hamil
OH! byk yg berubah secara sengaja atau tidak sejak preggy. meh kite listkan..
- sy memandu dgn lebih berhemah. sy pastikan jarak selamat ngn kete depan. dulu kalo drive sorang means sorang, skrg ni ade bwk nyawa lain. tp baru ni merempit juga bila jumpa CCM kat hiway! haha~
- berat sy dh bertambah 12kg. what???! iyo benor cket! haha.. sungguh benar dan bulan dpn akan bertambah lg.
- sy suka yg manis2. air manis, mknn manis, senyuman lg la manis kan? :)
- almari baju sy makin penuh skrg. abg, bole extend x almari? baju x muat lebih byk dr baju yg bole dipakai skrg. harap2nye lps deliver nnti bole pakai semula. hiks!
- no more heeeeels! cuma selipar n sandal yg flat n comfy je yg tersarung hari2 skrg. x kira la match ngn baju ke x. belasah aje.
- mak sy kata sy rajin skrg. cket je kot... hehe.. rajin masak n tlg mak kat dapur bile balik umah. oh sy blk sekali je baru kot. pembawakan bby girl kah? haha~ moge dia rajin nnti ye..
- sy berjalan makin SLOW. slalu tertinggal bila jalan beramai2. sadis x? tunggu la, lps deliver nnt sy akan jalan laju blk.
- sy sensitip. terhadap kata2 org dan termasuk la bau jiran di opis. oh tp sy x berani nak bg tau dia. so sy jarakkan diri je.
- sy makan byk! haha~ ape yg sy teringin sure sy carik n makan. kueng kueng!
- sy makin seksi! * no details needed kot. :p

[disclaimer: ini bukan saya :) ]
Sunday, April 24, 2011
sy bukan gengster, tp maaflah..
blk dr BTS ptg td, ujan lebat menyimbah bumi...
incik guard yg bijak bistari xnak plak tlg bukakkn palang.
smpi level 2 ade plak gen2 parking tpt aku.
hmm..ni org parking dpn ni la kot tumpang parking sbb ujan. memula mcm pk nak kasik chance je, so aku park je kete kat tpt dia.
aku tau kete2 yg berdpn dgn tpt aku tu mmg suke bile tgk kete aku xde situ. ye la, hot spot! covered n depan pintu nk g lif. tpt diorg tu ujung bumper je kot yg terlindung, tp kalo ujan mmg sume basah la.
tp bile letak situ, aku x leh nk kuar kete..lebat weh! x psl2 laju je tgn menekan hon panjang~ lps 2-3 kali nampak la ade incik ni dtg. ckp sori maybe xleh nak dgr, tp angkat tgn pon tak! haihhh...
bile kete tu dh kuar ke tepi sebelah sana, dgn gaya ala gengster n laju x mcm biasa buat bile ujan, masuk reverse parking situ. amek barang, cabut. huh.
dlm hati bercampur baur, mcm rasa berlagak n puas hati sbb rasa marah dh lepas n org tu dtg ubah kete, tp rasa x hepi pon ade. sbb x sukaaaaaa buat camtu. oh diriku bukan begitu~
Friday, April 22, 2011
Oh! Its April!!!
kebizian terlampau di bulan 3 + kemalasan mengupdate blog..
bz wat pe eh?
bulan 3 bulan kene menyiapkan EADS atau lebih senang disebut performance report.
dgn pencapaian cemerlang cuti 2 bulan taun lps, agak2 ape yg aku nak letak dlm tu.huhu~
taun ni EaDS aku paling pendek kot. and expected to be ranked low. well~ my own choice, so I should accept the consequences.
dulu selalu sgt rasa down n x kuasa nak tgk sume keje yg melambak.
tu la jadinya bila xdpt apa yg diharapkan. mcm xde kaitan kan? tp panjang citer disebaliknya.
apapun 3 tahun pertama alam pekerjaan yg penuh suka duka, tawa tangis, jatuh bangun telah pon berlalu.
pesanku pd sume yg sama pe'el mcm aku, kalo nak trus berjaya n mendaki puncak tertinggi, harus melangkah dgn konsisten. jgn kayuh laju2 sgt diawal pendakian, sbb nnti akan cepat penat n terjatuh.bila dh jatuh, percayalah... susah weh nk bangun blk. dulu supervisor aku dh pesan awal2, tp aku x percaya. haaaa! bile dh kene kt diri sndiri..baru padan muke! haha
my bump is getting bigger and keep growing from day to day. with that, semakin byk baju n seluar yg kene simpan dlm almari je. hehe.. dlm sebulan ni 4-5 helai baju baru kene beli. mujur ade opismate yg baik hati kasik pinjam baju pregnancy dia. xde la rotate baju sama je tiap2 mgu kan? hihi. baju kurung mmg dh xlama xleh pakai.mmg ade baju yg ok lg, tp kainnya udah sempit buk! for the nxt 3 mths, pakai je la pe yg ada for all occasions. g keja, kenduri, kuar g jusco/tesco diujung mgu..sume sama aje..hehe
p/s: sy x suke posing skrg. so xde pic latest..haha
Sunday, February 20, 2011
Alamak, mana kereta??!
Hr ni hampir seharian kat Endah Parade. jadi helpers utk bowling tournament.. saje suka2,kalo x sure terperap kat umah je kan? hehe..
smpi kat situ lebih kurg kui 9.10pg, dgn jayanya park kete dekat ngn lif.amek segala beg yg dibwk, trus kunci kete, naik lif ke tkt 4. dgn bantuan afzan berjaya jumpa bowling alley yg blom bukak pon main entrance dia.
tup tap tup tap, kui 3 la baru setel sume, termasuk la lunch. mee rebus yg buat aku nanges. pedaass! tp sedapppp.... :D pusing carrefour jap.. pastu dgn yakinnye turun trus ikut laluan dlm C4 tu ke parking. pastu melilau... haiksss! mana kete nih???? td park kat tiang no bape??? alaaaa... ni la maleh nih, nape la aku x tgk no tiang pg td? pusing la 2-3 lorong x nampak pon bayang kete.. ok2.. x ilang nih... xkan aku nak mtk tlg guard carikkan kete aku kot.. isk.
hmm.. naik lif yg terdekat, kuar kat G, alamak! pintu level tu kunci plak. masuk blk lif, naik tkt 1. kuar lif nampak kedai2..hehe..ok2.. td masa masuk, dekat ngn lif tgh bangunan.. menggunakan sense of direction yg hebat la konon kan, jumpa la lif tepi yg guna masuk pagi td. huahua~ smpi je kt B1, trus nampak kete kat situ. tahniah2! sengih lebor smpi telinge! :D
Moral of the story : Lenkali, kalo nak cepat mcm mana pon mesti kene tgk or snap gambar no tiang tu! peringatan keras! kalo x merana la dgn segala beban di tgn kiri, kanan & beg laptop & peyut! heee~
*Hr ni berjaya menjadikan kete bersinar2 smula, lps rasa bersalah x hapal no tiang td. hiks! :p
Saturday, February 19, 2011
Perang ngn Nyamuk, bunuh jentik jentik
Dah lama sbnrnya akuarium bwh yg dulunya didiami si Toman terbiar mcm tu je.. ntah bape kali la jugak bercita2 nak g kedai, beli ikan nak ganti toman. tp smpi ke hari ni x jugak smpi..agak2nye mesti apek tu heran, lama x nampak muka aku beli anak ikan..haha~ perasan! dia bole agak kot toman dh kiok, so xyah beli anak ikan lg dah.
Dgn bijaksana + rajin + kreatif konon. aku ni g la biarkan air bertakung dlm tuh. selama ni x penah la nak tgk n perhati betui2.. cuma heran nape la tetiba ade byk nyamuk kat umah nih. dulu x de pon. rupanya dh bermaharajalela jentik2 dlm tuh. cis! aku sndiri yg bela rupanya.. punya la aku gugel carik ape ubat nak letak utk bunuh jent2 itu, x jumpa wehhh! ok, ade sbnrnye..tp kene beli la.. aku nak carik kot2 ade tips2 ke petua org2 lama camne nak bunuh. nak disedut dgn hos panjang tu, hr tu pon terbenti takat tu sbb mcm dh cket sgt airnya. konon la nak angkat akuarium tu buang airnye.. berat wehhh! mau terberanak aku nnti.. so tetiba ade nampak mentol menyala! ting! ala mcm yg dlm katun2 tu... sbb tetiba dpt idea. hehe~
guna jugak hos tu, tp masukkan air dlm akuarium tuh. bila agak2 ujung hos tu dh "hapuih"/ ditenggelami air, lepaskan ujung yg tdnye kat kepala paip ke atas lantai bilik air. haa! otomatik air dlm akuarium akan disedut keluar. bila paras air dh kurang dr 5mm tu mmg kene pandai2 le, sengetkan sket akuarium tu supaya air terkumpul n dpt sedut hingga ke titisan terakhir. ok. tp xde la abes kan... smpi dh xleh sedut, n dengar bunyi udara masuk tu maknanye kene benti la, kalo x nnti air dlm hos tu akan masuk blk dlm akuarium. then lps tu..guna la tisu dapur yg tebal tu utk lap baki air yg ade lg tu. make sure lap smpi kering, kalo x telur jentik2 bole idup lg.. sia2 la keje korang tu..haha~
okes! finally siap.. n sekelip mata aku x nampak plak nyamuk berterbangan. haha~ ok, x logik..
lantai bilik air tu pon patutnye kena cuci ngn sabun gak, mana tau kot ade yg melekat kat mana2.. bilik air tu selalu je basah.. hmm.. ni akan diusahakan kemudian!
oleh itu, petang ni xjadi le aku kuar basuh kete.. arghhh! stresssss... kalo masa mr hubby ade msti aku yg bising kalo kete dh seminggu x basuh. ni dia xde, aku biarkan berminggu2 dah x basuh... help2!
Tuesday, February 15, 2011
Purrrfect public holiday :D
snooze smpi kui 11pg. smpikan msg mr hubby yg last pon x reply. nxt week je la baru leh msg dia blk. bgn, kasik ikan2 makan.. masak air panas, pstu bancuh cadbury hot chocolate n 5 sudu oat. jenuh la jugak nak ngabeskannye smbil2 tgk tv. hari ni cuti maulidurrasul, cita2 hr ni nak lipat sume kain baju yg still tersidai tu smpi abes. ntah mcm2 citer aku tgk, finally kui 3 jugak baru zuhur. lps tu perut meminta2 utk diisi lg. nasi plzz...
okeh, keluarkan udang dr fridge, siang sumenye. masak nasi 1 cwn pastu tumis bwang + cili bla2.. n akhirnye siapla sambal udang. huahuahua~ pastu pk..xnak masak sayur ke? nk goreng sawi? hmmm..mcam kurang selera nak mkn sawi..telur dadar+ mix vege. selamber! ok siap sume..masa utk makan! nyum nyum.. fuhhh pedas sehh sambal udang tp marvelous! :D gamba x sempat snap sbb dh lapar sgt.
mujur la hr agak panas smpi ke petang, so kain yg smlm agak lembap sbb kene tempias, hari ni kering sudah sepenuhnya. sikit2 aku lipat..smpi le mlm. byk sehhh... 2 mgu punye kain baju + cadar + sarung quilt.
ptg dok layan so you think you can dance... sempat la jugak merendam biji gandum sambil2 tuh.
lps isyak, tgk tv blk. dream high! alamak..hr ni selasa ade Hani kat tv3. terpksa la tukar channel bile iklan. kalo mode pvr tu ade kan best. bole rakam 1, lps tu tgk blk..xde la missed 1 cket pon.
so biji gandum pon direbus.. amek masa la jugak. sambil tu, tepon mak..nak confirmkan steps nak masak ni. kang main belasah je, x jadi plak. pesan mak... rebus gandum tu smpi btui2 kembang, pastu masukkn gula, then msukkan santan + sikit garam. make sure api kecik time masukkan santan tu. kalo x nnti.... ape eh term dia. ok lupa! x kisah la, janji paham2 sndiri. haha~ . mak kata kata nak buang angin, bole letak halia. tp..aku x berangin skrg, so xyah. kalo ade daun pandan elok la dimasukkan jugak. bg wangi! taraaa! siap le bubur gandum yg diidam2kan. mkn semangkuk panas2.. best2. pastu belen sejukkan masuk peti ais. utk bekalan sok plak. :)
abes membasuh segala periuk belanga, lap dapur... usaha mengabeskan lipat kain diteruskan. fuhhh~ finally smbil2 tgk 24 tu, abes la sumenye. nak wat camne, diriku mmg x rajin menyidai, melipat + iron baju. so mmg gitu le jadinye...sadis2.
bile nak tutup lampu ruang tamu, teringat plak mlm ni ikan2 tu xmkn lg! dh lewat nih... jgn le ade la ngap ikan lain sbb kelaparan. siap sume, cuci2 yg patut, masuk bilik, on econ. ok.. bed time! hr ni tido ngn bedsheet baru kaler pink + purple. harap2nye mr hubby nnt x kisah gune kaler nih! hehe~ kalo kisah, gune je la yg ijau tuh, or beli lain! :p
d end of hari lepak2 di umah.. sok kene keja blk smpi la jumaat.
Saturday, February 12, 2011
Bacalah! READ!
Sejak mula terlihat iklan program Datuk Siti kat Astro, ku tertunggu2 saat itu sbb xnak tertinggal episod pertama yg keudara mlm ni. Bukan sbb aku fanatik sgt dgn Datuk Siti tp sbb Tun Dr. Mahathir adalah tetamu jemputannya. Tak dinafikan Datuk Siti mempunyai aura tersendiri dan terbukti dia mampu mengendalikan program tersebut dgn baik.
Pd mulanya aku agak risau, adakah sesi bersama Tun hanya akan berakhir dlm 15 min? sbbnye ade 4 slot utk program mlm ni. Ternyata Datuk Siti bijak kerna masa 40min( termasuk iklan) digunakan bersama2 Tun. Ok.. ape kaitannye ngan tajuk aku nih? huhu~
Dlm temubual tersebut, Tun menyentuh ttg kepentingan membaca, malah Tun Siti Hasmah juga bercerita tentang sikap Tun M yg suka membaca semua jenis buku. Bila Datuk Siti bertanya apakah saranan Tun M agar generasi muda dpt menanam minat suka membaca, Tun berkata ia perlu dipaksa pd permulaannya. Lama kelamaan minat tu akan timbul. Tun sejak kecil dikenali sbg ulat buku, dan aku kira mmg jelas nyata minatnya itu memberikan buah fikiran yg sgt bernas. Dlm setiap hal, ku lihat Tun mempunyai idea & pendapat tersendiri. Secara peribadi, ku amat mengagumi kebernasan & kebijaksaan idea yg dilontarkan.
Zaman kanak2 ku dulu mmg aku amat suka membaca. Kalo suruh mengemas buku, mmg xkan bole abes dgn cepat. Setiap buku yg aku jumpa aku akan baca. Tp aku xde la smpi tergolong sbg ulat buku.. Buku Nilam dulu pon tak pernahnya penuh. haha~ Skrg ni pon rajin jugak beli mcm2 buku tp rasanya bole dikira berapa bijik je yg abes dibaca. Novel Sydney Sheldon tu wajib la abes. :D Rich Dad Poor Dad pon x abes baca, skip chapter.mana jumpa isi best baca, kalo x skip. haha~ 1 lg buku.. Men are from Mars, Women are from Venus tu pon sama kes gak. :p
Alasan: xde masa nak abeskan..tgh2 baca mesti ada gangguan utk buat benda lain. Ohh.. sungguh alasan!
Rasanya xleh pakai kot alasan tu skrg ni, sbbnya kat internet ni berbilllion artikel bole jumpa kalo kita cari. So cari laaa! dan baca! You will never know how it will help you! Dr pada abeskan masa berjam2 tgk FB tu, baek la baca online news ke, novels ke...? ataupun, kalo ade ape2 je soalan yg terlintas tu, type je kat google! Anda tidak akan kuciwa :D
Pernah dulu masa amek klas english masa tunggu result spm, masa tu kan byk masa terluang... so agak rajin la baca mcm2 majalah & buku & artikel. Secara x sengaja, 2 hari sblm final exam utk course tu aku terbaca satu artikel ni. Tak igt dah tajuk apa, tp topik yg sama kuar sbg pilihan essay utk exam tuh. huhu~ mmg best la menulis, idea mencurah2 sbb masih fresh lg dlm otak. Teka ape komen teacher tu utk essay tu? Informative! Dia siap bacakan komen tu dlm kelas. aiskk...Dia kata bila baca tu dia tau yg org yg tulis tu rajin membaca. haha~ malu sehhh... dlm kelas tu aku tu segala mcm bangsa ada. Jepun, Aussie, NZ, Chinese, Indian. Seigt aku dak melayu ade 3 org je.Aku n cousin jauh aku n sorg dak laki ni. So masa tu mmg terbukti keuntungan rajin membaca nih. hehe~
Oleh itu, marilah kita membaca!
Nota kaki: Azam taun ni, nak abeskan baca buku2 yg dh dibeli tp x abes baca lg tu. Sebulan 1 buku. *nampak sgt byk buku yg tak abes baca kan? :D
Wednesday, February 9, 2011
Alkisah Bakal Ibu
Pg td dah menjenguk ke Ampang Puteri utk monthly checkup. Alhamdulillah babyku nampak sihat dan membesar dgn baik. Aku smpi kat klinik Dr. Fauziah kui 10.10am camtu la... ni la akibat smlm tido lambat pastu pegi cancel alarm yg berbunyik kui 6.45pg.
Patutnye plan nak keje dulu dr kui 8.. then kui 9 nk turun g management opis, pastu trus g spital. tp bila kui 9.10 baru tercelik mata, alkisahnye sempat la check email & bocada kejap pastu trus mandi n bersiap.
Bila smpi spital, alhamdulillah senang nak carik parking. tp dh ramai la plak masuk queue. kire aku mmg lambat le. haishh... tngah2 nunggu..tetiba ade plak org nak deliver. sib baik x lama.. so at last dekat kui 12 la jugak baru jumpa Dr. Dok dlm bilik dia ade la 5 min. pastu dah setel. dimaklumkan yg blood test hr tu ok. rubella byk.. hep B pon byk.. hemoglobin bertimbun-timbun. yerk laa.. baru bape bulan lps aku amek shot hep B tuh. Aku yg hantu derma darah ni pon mmg pantang dgr ade blood drive. sbb tu xleh nak kurus keding kurang dr 48kg! huhu~
so bile scan, si kecik ni tgh bersujud plak.. so xleh nak nampak muka. tgn & kaki mmg x dok diam. heart beat pon ok. Jantina? blom tau lg.. tungggguuuu!!!~ * aku pon x tanya td.. hehe
next detailed scan adalah pd 11 mac. masa tu nnti dh 20 mgu. so kalo baby ni x nyorokkan cik anunye, lps tu leh la start sopping brg baby. nak citer kt org suh prepare hadiah pon senang! haha
lps tu amek ubat sume, trus blk opis. smpi opis kui 1.30. mujur cik aznida yg baik hati tlg tapaukan nasi utk lunch, x lupe jugak buah mangga & jambu sbg dessert. yummy~
*nota kaki
inchek hubby xde email lg smpi saat ni..ngikut firasat hati aku,dia maleh. sbb baru smlm kuar port. tp xtau la kalo amos tu ngengada lg.. so dgn emo jugak, aku email kat dia pendek je. just bg tau psl checkup, n tarikh nxt check up. full stop.
Subscribe to:
Posts (Atom)

