Saturday, March 24, 2012

Sharing is Caring

Azam 2012 adalah mengaktifkan semula blog ni, as in rajin update walaupun sebaris 2 ayat or 1keping gambar. Antara sbbnya adalah utk senang nak keep track apa2 yg terjadi sepanjang hidup ni, termasuk la tips n detik2 penting melayari kehidupan berkeluarga.

Mr Hubby selalu tanya Hanis pandai ape lg? or apa lagi aksi terbaru hanis?time tu baru nak terfikir2.. well~ yg terbaru, anak gadis ni dh bole duduk tanpa support utk sekurang2nya 5 minit x jatuh. 10 minit tu ada gak kot, time dia tgh fokus main.Air liur pon sama meleleh.. haha~

Seminggu lalu Hanis berjaya makan sendiri! Bukan la makan bubur nasi tp snek HappyBaby, bentuk mcm honey star kecik2, masuk mulut je dia cair. mcm M&M punya tagline Cair Dimulut tidak ditangan. Hah, lebih kurang sama la konsepnya. Yang ni Organic Food, Epal. Mula2 tu memang berusaha gigih la hanis, 2-3 minit baru masuk 1 dlm mulut. tu pon ntah bape kali jatuh dah.. finally berjaya la jugak. Oh! terharu plak tgk detik2 penting Hanis camni.. Tp guna kanan kiri ye.. hehe~ xpe, Mr Hubby kata nnt ajar guna both hand :)

Sesungguhnya aku mmg x bole nak online ngn lappy sbbnya sentiasa berebut ngn anak gadisku ini. Pantang nampak, laju je dia kejar.. Dah tido camni baru la bole nak online kejap walaupun mataku juga dah layu.

Pe'el skrg, nk tido mesti tertonggeng2 dulu, bunyi ek ek, berguling2 kiri kanan, kena senyap.. lampu tutup, baru la nak tido.. entah ikut sape laaa ginih

Baru 2 hari mkn fenugreek sbb nak bykkan production susu, tp badan bau herba.. aiskkk.. ni yg x berkenan nih. smlm mcm xde bau sgt sbb pagi2 dh sembur perfume kot. Hari ni dok umah guling2 ngn hanis xde la nak sembur. Dah mlm baru rasa x best n sembur la victoria secret cket. hehe~ Oh, sy beli Fenugreek kat GNC, ada sale skrg. Mkn sebiji masa perut kosong, which is bila bangun tido la kan. Next entry nnt sy update keberkesanannya ya :)


Ni masa 1st day balik rumah




Monday, August 1, 2011

Hanis Ameera bt Khairul Naim

Alhamdulillah Hanis selamat dilahirkan pd hr Jumaat, 15 julai 2011, jam 9.38mlm. setelah hampir 24jam air ketuban pecah, n dilated only 6-7cm. akhirnya terpaksa jugak aku diusung ke OT. Agaknya mungkin dah tertulis yg baby hanis ni nak kuar ikut tingkap, ku pasrah je la. Tuhan je yg tau betapa aku sgt kuciwa bila nak decide utk ceasar. Oleh kerna diriku demam mlm nk deliver tu, Hanis pun terpaksa diberi antibiotik selama 5 hari. nak nangis aku tgk tangan dia ade jarum tuh.

Niat dihati, perancangan awal adalah utk natural birthing. sebolehnya xnak induce, xnak epidural, no artificial waterbag ruptured and so on tp sebaik2 perancangan adalah perancangan Tuhan.

Hanis dilahirkan seminggu slps Mr hubby balik. tp dlm minggu tu pun tiap2 hari2 berulang ke klinik n ospital. Isnin g klinik sbb jari jemariku yg membengkak n sakit. xbole nak menaip or mousing yg merupakn rutin kejeku. selasa checkup dgn Dr Fauziah. Rabu kene panggil utk wat CTG. Actually Dr suh admit on selasa mlm n induce rabu pagi tp aku x g. sbb tu rabu tu kene g ospital gak utk CTG. Khamis mlm, tgh2 tgk tv aku rasa tetiba basah je. cepat2 bersiap g ospital.
setelah 4 hr bertapa kat APSH, total damage adalah lebih kurang 10K. fuhhhh! koyakkkk poket. company cume cover 3.5K utk bil bersalin n sib baik fully covered Hanis punye bil. 3.6K covered dgn duit kutu.. balance still xtau nak korek mana..

Breastfeeding
aku x cukup kuat & agak terleka & ngantuk lps kuar OT tu. lps 2 jam kot baru aku mintak utk BF hanis. Alhamdulillah, ade la cket2 colustrum kuar. Rezeki dia. mujur xde sape yg bg tekanan suh kasik FM kat Hanis. esoknya aku usahakan lg utk BF Hanis, still xde susu tp aku suakan jugak. Hari ahad kot baru susu betul2 kuar...
2 mggu pertama mmg mggu yg sgt2 menguji kesabaran aku. Hanis ni siang tdo je.. baju aku plak sekejap2 dah basah. Hanis x reti lg nak betul2 BF. baru menyusu sekejap dia dh tertido, xsampai 10 min ku letak dia atas tilam, dah nangis balik. dh dkt 2 mgu baru aku betul2 mengerti yg sepatutnya mmg kena kejutkan jugak dia suh menyusu susah mcm manapun. Hanis ni sebelum ni suka main2 time BF, kejap2 dia akan lepaskan. pastu nangis mencari2 blk.. mmg menguji kesabaran aku. skrg ni kalo BF dia waktu siang, dekat sejam termasuk dia tertido baru dia betul2 kenyang. kalo mlm lagi la lama. smpi aku tersengguk2..
Sesungguhnya aku mmg naif n masih lg belajar utk 100% BF Hanis. Bukan saja2 nak jimat duit tp ini sume sbb mengetahui kebaikan susu ibu utk baby and betapa cepat aku turun blk berat dlm 2 mgu nih. hehe~ ( dh lebih 10kg okeh! ) InsyaAllah walau susah macam mana skali pon n smpi kadang2 nak marah kat Hanis sbb meragam, aku ingat2 blk.. anak ni amanah Allah. Kalo kita marah2 dia, emosi dia bole terganggu w'pon dia hanya berusia 2 mgu.

Daddy Hanis
jutaan terima kasih x terhingga buat suamiku yg berada disisi melayan aku mengadu sakit nak bersalin ( w'pon lps tu dia citer kat org, gelak2kan aku) At least time aku sakit2 tu dia layankan je.
Suamiku yg mmg dirancang utk bercuti sepanjang tempoh aku berpantang, hari2 masakkan makananku termasuk hari ni ( 1st day puasa). w'pon kekadang aku komen sbb x rasa garam (actually sbb dh bosan lauk sama je) aku telan je sume yg dia masak. Bila hubby kata nk makan pizza, aku tawakkal je n join skali. ye laa.. dia pon skali skala nak jugak skip masak kan?
Bila waktu Hanis meragam n aku dh xtau nak wat ape + ngantuk, dia mesti tlg pujuk Hanis. oh, ku kagum! kadang2 berjaya la dia menenangkan Hanis.
Hari ni hampir sepanjang hari, sejak dr pagi dia melepaskan gian main PS3. Hanis x sempat nak tido betul2 lg dah bising bunyi tembak menembak. rasa nak marah jugak tp bila dia stop main n mandikan hanis, x jadik la nak marah.

Emak n adik-beradikku
Kehadiran mak seminggu awal ku berpantang mmg amat2 diperlukan. sbbnye lps je mak blk, xde sape dah nak panaskan tungku, masak air daun pandan utk mandi n berleter suh aku berpantang betui2 n so on.. bukannya mr hubby xnak tlg tp aku pon dah rasa kesian kat dia. mlm sama2 bergilir2 berjaga bila Hanis meragam, x sampai hati nk suh dia wat lg yg lain2 tuh.
Aa, sgt membantu membasuh, menyidai n melipat kain. bunyi mcm senang tp dengan jumlah kain baju n lampin nak kene basuh, bantuan dia sgt2 la dihargai. Dia pun laju je bangun utk menolong bila diperlukan w'pon tgh berbaring tgk tv.
Imah, w'pon agak slow n sakitkan hati sbb aku mtk tlg, dia kdg2 wat derkk je, aku diamkan je. mungkin la sbb dia penat keja. tp masa hari2 awal ku di ospital, dia sgt2 la membantu.
Yeop n K ros, sumber rujukan n pinjaman benda2 nak guna time nak bersalin n berpantang. K ros jugak la yg ajar camne nak tukar lampin baby :) dia jugak yg tlg masak bila mr hubby balik muar. Kalo xde yeop yg bwk k ros ke sini, x jadik jugak sume tu kan? hehe.. n anak2nya yg tlg ubah brg2 dlm umah ni supaya aku mengemas umah lps ni.. ohhh, ku layankan je.. Hanis nnt behave okeh! sbb kebanyakan masa aku kena layan dia sorang2 bila mr hubby keja.

All and all... aku x sabar nk tunggu abes pantang. baru 17 hari wehhhh! 45 -17 = 28 hari lagi... ( Hanis & aku sbnrnya dh smpi ke Sendayan n Enstek n KLIA n Midvalley mggu lps. )
semoga Hanis membesar dgn sihat n jadi anak yg baik n so on.. ( besar wehh harapanku! )
semoga aku trus kuat utk BF Hanis n pakaikan CD ( kene igt pelaburan besar yg telah dibuat utk Medela Freestyle n 20 cd yg dah dibeli)
semoga tuhan membalas sume jasa baik sume yg membantuku sepanjang tempoh melahirkan Hanis Ameera yg disayangi.

Hanis Ameera, ketahuilah sesungguhnya Mama n Daddy sgt menyayangimu! xoxo!

Sunday, June 19, 2011

Cinta Dua Benua

Aku sering tertanya2, berapa ramai pasangan suami isteri yg menjalani kehidupan / perhubungan jarak jauh? Mcm mana diorg survive eh? takde ke tsunami melanda?
Dude! bukan sbb aku berura2 nak melencong or whatsoever, tp rasanya cinta jarak jauh ni dah makin common. Takyah tgk jauh2 la, org2 yg keje on shipping line cam suamiku dah semestinya termasuk sama kelab, termasuk la juga army & segala mcm keja yg lain. wives sume jadi seasonal wife.. tp bila dah beranak cucu, jadi seasonal single parent plak. ye laaaa, sbb bile mr hubby keje sume benda kot si isteri yg kene handle or vice versa. Cuma yg membezakan adalah tempoh masa "seasonal" tu.

Frens & Family Support

Support dari family memang sgt2 penting. Sbb selain suami, adik beradik & mak ayah & pakcik makcik & sekalian kazen la org yg paling rapat. Kalo sekalian keluarga tak memahami dan memberikan support, payah la cket kot. Kawan2 pon memainkan peranan gak sbnrnya. Bila masa2 diperlukan, kawan baik sering jadi rujukan @ tempat mengadu @ teman shopping @ teman bercuti. Alhamdulillah, walaupun masing2 kebizian tp aku bersyukur sgt ade teman yg sgt2 supportive.

Jujur

Antara suami isteri mesti @ wajib ada kejujuran. Ye laa, dah la berjauhan selalu.. kalo xleh nak jujur dgn pasangan, baik la xyah nak mulakan perhubungan tu sejak dr awal. Walaupon kononnya pandai nak sorok ape2 je la benda nak disorokkan tu, tp cuba bayangkan kalo tetiba terbongkar! haaaaa! kalo masa tu mood pasangan okay and kte bole cuba nak explain, maybe la nasib masih menyebelahi kita. Tapi buatnya time tu ade tsunami, tak ke lg memburukkan keadaan? Silap2 bole karam kapal yg dibina. errkkk! sanggup ke?

Percaya

Boleh tak nak percaya pada org yg kebanyakan masa xde depan mata kita? hehe~
Kepercayaan tu bole dibina. Dan jgn la cuba2 nak meruntuhkan kepercayaan yg dibina kukuh, sbb sekali dah roboh, payah kot nak bina kali ke2. Tambahan plak dgn kasih sayang & chenta pd pasangan, kepercayaan akan datang seiringan. Tapi, kene jugak selitkan rasa curiga. tak bole la nak 1000% percaya. nape? Bila kita tau yg kita dicurigai oleh pasangan, rasanya kita akan lebih takut utk buat onar. Betui tak?

Hormat

Sbg isteri, wajib utk menghormati suami. Walaupon dia jauh nun disana. Ehh, camne nak hormat org yg jauh? Jasad je dia jauh, tp dia tetap dekat dihati. Sebelum nak amek ape2 keputusan penting, cuba fikirkan bagi pihak dia jugak. Kalo time tu bole nak contact n berbincang@ tanya pendapat, better la gitu kan? Jgn la sume benda nak decide sendiri tanpa memikirkan pasangan.
Menjaga kehormatan diri sama jugak dgn menjaga kehormatan suami. Kalo suke2 ati wat perangai x senonoh, x ke memalukan suami jugak?

Dalam setahun yg lalu, walaupon perjalanan hidup kami berliku2 namun ku berjaya tempuhinya. Air mata yg menjadi teman kujadikan penguat semangat tatkala bersendirian. Suamiku yg amat penyayang dan memahami menjadi inspirasi utk kubangun semula bila mana aku jatuh. Sesungguhnya tak terucap dgn kata kata betapa aku amat bersyukur dan betapa aku amat menyayangi suamiku. Terima kasih suamiku kerna menerimaku dgn segala kekuranganku. * tetiba air mata bergenang..


Expect the Unexpected